Hukuman penjara ke atas Cik Aung San Suu Kyi dikurangkan enam tahun
Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi yang digulingkan oleh junta tentera. (Gambar fail: Ye Aung Thu/AFP)
YANGON:Junta tentera di Myanmar pada Selasa memberikan pengampunan negara kepada pemimpin yang dipenjarakan Cik Aung San Suu Kyi, menurut laporan media tempatan.
Bekas Presiden Win Myint juga akan diberikan pengampunan, lapor Agensi Anadolu memetik Myanmar Now.
Bekas pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu dipenjarakan sejak rampasan kuasa Februari 2021.
Pengampunan itu dibuat sehari selepas junta melanjutkan tempoh darurat di negara Asia Tenggara itu selama enam bulan, kali keempat sejak rampasan kuasa pada 2021.
“Pengampunan tidak akan memaafkan Aung San Suu Kyi dan Presiden Win Myint atas semua kesalahan yang didakwa, tetapi hanya mengurangkan hukuman mereka,” tambah laporan itu.
Bulan lalu, laporan mendedahkan bahawa Suu Kyi telah bersetuju untuk mengadakan dialog tanpa sebarang syarat.
Sejak digulingkan, Cik Suu Kyi 78 tahun, didakwa atas 19 kes jenayah dari rasuah kepada pencabulan peraturan COVID-19.
Minggu lalu, pemenang hadiah Nobel itu juga dilaporkan telah dipindahkan dari penjara ke sebuah bangunan pemerintah.
Bagaimanapun Cik Suu Kyi masih menghadapi lagi 14 kes di mahkamah.

Sumber : AGENCIES/AA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.