Skip to main content

Dunia

Hukuman denda & penjara bagi setiap kesalahan melanggar peraturan Haji

Anggaran Waktu Membaca:
Hukuman denda  & penjara bagi setiap kesalahan melanggar peraturan Haji

(Gambar: AFP/SPA)

Diterbitkan : 08 May 2024 07:42AM Dikemas Kini : 08 May 2024 07:55AM
RIYADH: Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan mereka yang mencabuli peraturan haji dan arahan tanpa permit semasa tempoh antara 2 hingga 20 Jun akan dihukum.

Rakyat, penduduk dan pelawat ke Saudi yang didapati melanggar peraturan Haji dan arahan tanpa permit di Makkah, kawasan sekeliling Masjidil Haram dan tapak-tapak Islam di kawasan itu termasuk stesen kereta api Haramain di Al-Rusayfah, pusat-pusat kawalan keselamatan, semasa tempoh yang ditetapkan itu, akan didenda SR10,000 (S$3,600).

Para penduduk yang melanggar peraturan haji akan dihantar pulang ke negara asal mereka dan diharamkan daripada memasuki semula Saudi, Saudi Press Agency melaporkan.

Kementerian Dalam Negeri Saudi menambah para pesalah akan didenda tambahan SR10,000 (S$3,600) setiap seorang, setiap kali mereka melanggar peraturan dan arahan Haji.

Ini bagi memastikan para jemaah haji boleh melaksanakan ibadah mereka dalam keadaan yang selamat dan selesa.

Menurut laporan Arab News,sesiapa saja yang ditangkap membawa atau mengangkut pesalah haji tanpa permit akan dipenjara sehingga enam bulan dan didenda sehingga
SR50,000 (S$18,000).

Aarahan juga dikeluarkan untuk merampas kenderaan yang digunakan dan pesalah akan dihantar pulang ke negara asal selepas menjalani hukuman penjara.

Denda itu akan dinaikkan sejajar dengan jumlah pesalah haji yang dibawa.
 
Sumber : Agensi berita/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita