Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hukum penjara, denda maksimum RM50,000 jika tidak hormat Bahasa Kebangsaan

Para individu yang didapati tidak menghormati Bahasa Kebangsaan pada masa hadapan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dihukum penjara melalui pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959.

Anggaran Waktu Membaca:
Hukum penjara, denda maksimum RM50,000 jika tidak hormat Bahasa Kebangsaan

Pengerusi Jemaah Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Professor Dr Awang Sariyan. (Gambar: BERNAMA)

KUALA LUMPUR: Para individu yang didapati tidak menghormati Bahasa Kebangsaan pada masa hadapan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dihukum penjara melalui pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 1959.

Pengerusi Jemaah Pengelola DBP Professor Dr Awang Sariyan berkata kedua-dua hukuman adalah antara yang dicadangkan untuk pindaan akta itu yang kini dalam fasa akhir perbincangan sebelum dijangka dibentangkan kepada Perdana Menteri bulan depan.

"Ia bukan soal salah tatabahasa atau ejaan tetapi tidak hormati Bahasa Kebangsaan. Usul denda ini bukan untuk menghukum, ia dicadang untuk membangkitkan kecintaan dan patriotisme kepada negara," katanya kepada para pemberita selepas menghadiri sambutan Ulang Tahun ke-66 DBP baru-baru ini.

Sebelum ini, dilaporkan kerajaan akan meminda akta itu bagi membolehkan pihak DBP mengambil tindakan terhadap mana-mana pelanggaran Bahasa Melayu termasuk di peringkat daerah.

Menurut beliau lagi, DBP turut mencadangkan agar Akta Bahasa Kebangsaan di bawah penyelian Pejabat Perdana Menteri dipinda seiringan pindaan Akta DBP agar pihaknya dapat menjalankan tugas sebagai penguat kuasa bahasa dengan lebih berkesan.

"Bukan sahaja Akta DBP perlu dipinda tetapi pindaan Akta Bahasa Kerajaan juga perlu dilakukan kerana itu induknya. Kalau akta itu diperluas, bolehlah kerajaan meminta DBP melaksanakan dasar bahasa secara lebih jelas,” katanya lagi.

Mengenai pindaan itu, beliau berkata ia harus dilaksanakan secara holistik bukan sekadar bidang kuasa penguatkuasaan tetapi juga harus melihat aspek perantarabangsaan, pentauliahan dan pelesenan bahasa sastera.
 
Sumber : Bernama/AW/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan