Skip to main content

Dunia

Hujan turun di Perlis setelah kemarau selama lebih 100 hari

Selepas lebih 100 hari bumi Perlis tidak dilimpahi hujan akibat cuaca panas dan kemarau, hujan rahmat akhirnya membasahi beberapa kawasan di negeri itu pada petang Ahad (29 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan turun di Perlis setelah kemarau selama lebih 100 hari

Seorang wanita memegang payung sewaktu cuaca hujan. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 30 Mar 2026 07:57AM Dikemas Kini : 30 Mar 2026 07:58AM
  • Beberapa kawasan di Perlis akhirnya menerima hujan selepas lebih 100 hari kemarau dan cuaca panas yang berpanjangan.
  • Solat Sunat Istisqa dianjurkan pada 26 Mac dengan kehadiran Raja Perlis dan lebih 1,000 jemaah sebagai usaha memohon hujan.
  • Kemarau menyebabkan kebimbangan terhadap takungan air di Empangan Timah Tasoh dan nasib ribuan ikan air tawar di santuari.
  • Perkampungan lama yang sebelum ini tenggelam di dasar tasik kini terdedah, menarik perhatian pengunjung dan menambah keunikan kawasan tersebut.
Dijana oleh AI
PADANG BESAR: Selepas lebih 100 hari bumi Perlis tidak dilimpahi hujan akibat cuaca panas dan kemarau, hujan rahmat akhirnya membasahi beberapa kawasan di negeri itu pada petang Ahad (29 Mac).

Antara kawasan yang dilaporkan menerima taburan hujan adalah di sekitar Santuari Ikan Air Tawar Tasik Timah Tasoh, Beseri, Bukit Jernih, Batu Bertangkup, Belukar Lenga, Kubang Tiga, Bukit Chabang dan Semadong.

Hujan itu bagaikan jawapan kepada doa rakyat Perlis selepas penganjuran Solat Sunat Istisqa (solat minta hujan) yang diadakan pada 26 Mac lalu, seperti dilapor BH Online Malaysia.

Solat sunat berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bersama lebih 1,000 jemaah.

Terdahulu, media melaporkan cuaca panas melampau dan penyusutan air di Empangan Timah Tasoh menimbulkan kebimbangan ramai, terutamanya mengenai nasib ribuan ikan air tawar di kawasan sangkar santuari di empangan berkenaan, menurut laporan BH Online Malaysia.

Malah, fenomena cuaca panas berpanjangan itu turut menyebabkan perkampungan lama yang sebelum ini tenggelam di dasar tasik kembali terdedah, sekali gus memberikan pemandangan unik yang menjadi tarikan pengunjung.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga memaklumkan takungan air di empangan itu dianggarkan mampu bertahan untuk tempoh 81 hari lagi sekiranya tiada hujan dan cuaca panas berterusan melanda negeri itu, seperti dilapor BH Online Malaysia.
Sumber : Agensi berita/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita