Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hujan, ribut petir diramal di M'sia sepanjang hari penamaan calon PRU15

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan dan ribut petir di beberapa tempat di Semenanjung, Sabah serta Sarawak sepanjang Sabtu (5 Nov) yang merupakan hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Umum ke-15.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Jumaat (4 Nov) memaklumkan hujan diramalkan di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor manakala di Sabah, melibatkan pedalaman, Sandakan, Kudat dan Labuan pada sebelah pagi.

Cuaca juga diramalkan hujan di satu dua tempat pada sebelah malam di Semenanjung iaitu Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Johor, manakala di Pantai Barat Sabah dan di Sarawak, melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong dan Kapit.

Di Semenanjung, ribut petir diramalkan pada sebelah petang di beberapa tempat di seluruh negeri manakala di Sabah meliputi kawasan pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan dan Kudat.

Di Sarawak, ribut petir turut melibatkan kawasan Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang, manakala hujan di satu dua tempat di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong pada sebelah petang.

Pada sebelah malam pula, ribut petir diramalkan di beberapa tempat di Semenanjung iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang manakala di Sabah, melibatkan Pedalaman dan Labuan.

SPR menetapkan 19 November sebagai tarikh pengundian manakala pengundian awal pula pada 15 November.
Sumber : Bernama/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan