Hujan monsun lebat kembali landa Pakistan; setahun selepas banjir maut
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AP /K M Chaudary)
ISLAMABAD: Hujan monsun lebat melanda Pakistan pada Rabu (5 Jul), menyebabkan kematian, membanjiri jalan raya dan menjejas kehidupan di kawasan-kawasan di mana para penduduk sudah bergelut untuk pulih daripada banjir musim panas lalu yang menjejas 33 juta orang dan membunuh 1,739 yang lain, dedah para pegawai.
Peristiwa tersebut menjejas 33 juta orang dan meragut 1,739 nyawa, kata pegawai Pakistan.
Sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam insiden berkaitan cuaca sejak hujan melanda mencurah-curah minggu lalu, termasuk tiga yang terbunuh semalam, lapor media Pakistan.
Musim tengkujuh bermula secara rasmi minggu ini dan akan berterusan sehingga September di negara Asia Selatan itu. Cuaca hujan yang pertama dijangka berlarutan sehingga Sabtu.
Ibu kota budaya Pakistan, Lahore, mencatatkan rekod curahan hujan 272mm dalam tempoh sembilan jam Rabu, membanjiri jalan-jalan dan terusan bandar itu.
Kali terakhir Lahore dilanda banjir seperti itu adalah 30 tahun lalu, kata seorang pegawai. Ibu kota Pakistan, Islamabad, juga mengalami hujan lebat minggu ini. Penguasa Pengurusan Bencana Negara memberi amaran kepada pihak berkuasa tempatan supaya bersiap sedia menghadapi kecemasan seperti banjir dan tanah runtuh.
Banjir dahsyat musim panas lalu menyebabkan kerosakan bernilai AS$30 bilion (S$41 bilion) di Pakistan yang kekurangan wang.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.