Skip to main content

Dunia

Hujan lebih lebat diramal di beberapa kawasan di Saudi pada Feb

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Hujan lebih lebat diramal di Arab Saudi pada Februari, menurut laporan Saudi Gazette yang memetik seorang penganalis cuaca di Pusat Kaji Cuaca Nasional (NCM) Arab Saudi, Aqeel Al-Aqeel. 

"Laporan iklim NCM menunjukkan kadar hujan tertinggi akan disaksikan di kawasan timur, utara dan tengah Arab Saudi," katanya. 

Beliau turut menarik perhatian bahawa udara sejuk akan menyelubungi kawasan timur, utara dan tengah Arab Saudi, menyebabkan suhu lebih rendah di kawasan-kawasan tersebut. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita