Hujan lebat timpa kemusnahan di New Zealand; beberapa orang dilapor hilang susuli tanah runtuh
Beberapa orang dilaporkan hilang menyusuli kejadian tanah runtuh berhampiran sebuah tapak perkhemahan di North Island, New Zealand pada Khamis (22 Jan), sedang hujan lebat menimpakan kemusnahan besar, dengan penduduk dipindahkan, beribu-ribu orang tanpa bekalan tenaga dan jalan raya ditutup.
Anggaran Waktu Membaca:
Kejadian selepas berlaku banjir di Punaruku, New Zealand. (Gambar: Facebook/Tairawhiti - Fire and Emergency NZ)
WELLINGTON: Beberapa orang dilaporkan hilang menyusuli kejadian tanah runtuh berhampiran sebuah tapak perkhemahan di North Island, New Zealand pada Khamis (22 Jan), sedang hujan lebat menimpakan kemusnahan besar, dengan penduduk dipindahkan, beribu-ribu orang tanpa bekalan tenaga dan jalan raya ditutup.
Khidmat kecemasan dikerahkan untuk memberi respons kepada kejadian tanah runtuh berhampiran sebuah tapak perkhemahan di Gunung Maunganui, iaitu sebuah tempat pelancongan popular di daerah Bay of Plenty di kawasan pantai utara New Zealand.
Tapak perkhemahan itu sudah pun dikosongkan dan khidmat kecemasan sedang berusaha mengesan sesiapa sahaja yang masih berada di kawasan itu, menurut polis dalam satu kenyataan.
Laporan media tempatan dan helikopter juga dikerahkan bagi menyokong usaha mencari dan menyelamat yang sedang dijalankan.
Perdana Menteri Christopher Luxon berkata di platform X bahawa beliau sedang "memantau situasi di seluruh negara itu - termasuk insiden besar-besaran di Gunung Maunganui", sambil menambah cuaca ekstrem mencetuskan keadaan berbahaya di seluruh North Island.
Menteri Pengurusan dan Pemulihan Kecemasan Mark Mitchell memberitahu Radio NZ bahawa hujan lebat melanda hampir keseluruhan pesisir pantai timur North Island.
"Berita baiknya adalah semua orang memberi respons dengan pantas. Ada masa untuk bersiap sedia dan itu membantu dalam mengurangkan kesannya dan mewujudkan respons yang kukuh," katanya.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.