Hujan lebat, ribut petir diramal landa beberapa negeri M'sia hingga Isnin malam

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sarawak serta Labuan hingga pukul 10.00 malam Isnin (24 Okt).
Menurut kenyataan MetMalaysia, yang dikeluarkan pada 6.35 petang Ahad (23 Okt), kawasan di Negeri Sembilan melibatkan Jelebu, Seremban, Port Dickson dan Rembau.
Kawasan di Sarawak pula ialah Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu, Miri serta Limbang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.