Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hujan lebat, ribut pasir, salji diramal di kebanyakan wilayah Saudi hingga hujung Ramadan

Anggaran Waktu Membaca:
JEDDAH: Hujan sederhana hingga lebat, ribut pasir dan salji dijangka berlaku di kebanyakan kawasan Arab Saudi bermula Ahad (9 Apr) hingga hujung Ramadan.

Demikian menurut ramalan Pusat Kaji Cuaca Nasional (NCM) Arab Saudi, lapor Saudi Gazette.

Ribut petir musim bunga serta ribut pasir, hujan lebat dan salji, diramal lebat dari Isnin (10 Apr) hingga Khamis (13 Apr), di wilayah Qassim, Riyadh, Wilayah Timur dan Hail.

NCM menyatakan dalam satu kenyataan bahawa hujan sederhana hingga lebat diramalkan di wilayah Asir, Al-Baha, Jazan, Makkah, Najran dan Madinah pada Ahad dan Isnin, serta pada Rabu (11 Apr) dan Khamis.

Ribut petir sederhana hingga lebat diramalkan di wilayah Tabuk, Al-Jouf dan wilayah Sempadan Utara dari Isnin hingga Rabu. Pusat itu menyatakan ribut petir renyai hingga sederhana, diikuti dengan ribut pasir diramalkan di Wilayah Barat dari Isnin hingga Khamis.

Ia juga diramalkan di wilayah Makkah, Tabuk dan Madinah pada Ahad dan Isnin, serta Rabu.

Ramalan awal menunjukkan kemungkinan hujan akan berterusan di kebanyakan wilayah hingga minggu hadapan, seperti dipetik laporan Saudi Gazette.

NCM menggesa orang ramai supaya mengikuti kemas kini dari lamannya dan akaun media sosial untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang keadaan cuaca dan wilayah yang terjejas.

Ia juga menggesa orang ramai supaya mematuhi arah dikeluarkan oleh pihak-pihak berkuasa yang cekap.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan