Hujan lebat ragut sekurang-kurangnya 10 nyawa di Gaza: WHO
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu (13 Dis) memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 10 orang di Carikan Gaza meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu akibat hujan lebat, ketika ribuan keluarga berlindung di dalam khemah dengan perlindungan amat terhad terhadap musim sejuk.
Anggaran Waktu Membaca:
ISTANBUL: Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Sabtu (13 Dis) memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 10 orang di Carikan Gaza meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lalu akibat hujan lebat, ketika ribuan keluarga berlindung di dalam khemah dengan perlindungan amat terhad terhadap musim sejuk.
Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus memberi amaran menerusi media sosial bahawa pendedahan berterusan kepada cuaca buruk, bekalan air dan sanitasi yang tidak mencukupi, serta keadaan tempat tinggal yang sesak berkemungkinan mencetuskan peningkatan jangkitan pernafasan akut, termasuk influenza, selain hepatitis dan penyakit cirit-birit, lapor Anadolu Ajansi.
Beliau berkata WHO terus berdepan halangan dalam usaha menghantar reagen makmal dan peralatan diagnostik ke Gaza, sambil memaklumkan bahawa banyak bekalan dinafikan kemasukan selepas diklasifikasikan sebagai barangan dwiguna.
Encik Tedros menyeru kemasukan segera bahan-bahan penting berkenaan, dengan menegaskan ia kritikal bagi pengesanan awal, tindak balas dan rawatan tepat pada masanya terhadap para penduduk yang berdepan risiko penularan penyakit di wilayah itu.
Israel sudah membunuh lebih 70,300 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, serta mencederakan lebih 171,000 yang lain dalam serangan di Gaza sejak Oktober 2023, meskipun gencatan senjata diumumkan.
Tentera Israel dilaporkan berulang kali melanggar gencatan senjata tersebut, mengorbankan sekurang-kurangnya 386 rakyat Palestin dan mencederakan 1,018 yang lain sejak perjanjian berkenaan berkuat kuasa pada 10 Oktober.

Sumber : Bernama/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.