Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hujan lebat di Mina redakan cuaca amat panas semasa lontar jamrah

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan lebat di Mina redakan cuaca amat panas semasa lontar jamrah

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 18 Jun 2024 07:25AM Dikemas Kini : 18 Jun 2024 07:26AM
MAKKAH: Mina mengalami hujan agak lebat pada Isnin (17 Jun).

Walaupun hanya berlaku sekitar 15 minit, hujan itu sudah cukup menggembirakan para jemaah haji kerana dapat meredakan keadaan cuaca yang amat panas semasa mereka melakukan lontar tiga jamrah di sana.

Kementerian Kesihatan Arab Saudi menyatakan suhu mencapai paras tertinggi di tempat-tempat ibadah haji tahun ini.

Di kawasa mataf Masjidil Haram, suhu mencecah 51.8 darjah Celsius manakala di Padang Arafah, 48 darjah Celsius.

Suhu di Muzdalifah dan Mina pula setinggi 46 darjah Celsius.

Pada hari Ahad (16 Jun), Kementerian Kesihatan Saudi mengatakan bahawa lebih 2,700 jemaah haji, jatuh sakit kerana cuaca amat panas.

Kelmarin juga, kerajaan Jordan mengatakan 14 jemaah hajinya meninggal dunia kerana mengalami strok haba.
Sumber : Bernama/MU/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan