Hujan lebat di Johor: Hampir 4,000 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara
Hampir 4,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara di merata Johor pada Rabu (25 Jan) sedang hujan lebat terus melanda beberapa bahagian negeri itu.

(Gambar: Facebook/Polis Daerah Kota Tinggi)
JOHOR BAHRU: Hampir 4,000 mangsa banjir dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara di merata Johor pada Rabu (25 Jan) sedang hujan lebat terus melanda beberapa bahagian negeri itu.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia (NADMA), Johor melaporkan 3,482 mangsa banjir setakat pukul 6.00 pagi tadi.
Ini merupakan kenaikan daripada 2,912 mangsa banjir yang dicatatkan oleh agensi itu enam jam sebelumnya.
Bernama melaporkan bahawa Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) itu menyatakan kini terdapat 35 pusat bantuan yang beroperasi di Johor selepas lagi lima dibuka di daerah Kota Tinggi, Kluang, Mersing, Segamat dan Batu Pahat.
Ia menambah bahawa Segamat merupakan daerah yang teruk terjejas oleh kebanjiran itu, yang mana 1,392 orang ditempatkan di 13 pusat bantuan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan pada pagi tadi bahawa hujan lebat berterusan akan melanda di Johor hari ini.
Jabatan itu mengeluarkan amaran cuaca hujan lebat bagi daerah Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru sementara hujan lebat dijangkakan melanda daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian.
Pada bulan lalu, Timbalan Perdana Menteri Malaysia Ahmad Zahid Hamidi, yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat menyeru bagi langkah-langkah jangka panjang segera untuk menyelesaikan masalah kebanjiran di negara itu, termasuk projek mitigasi kebanjiran holistik.
Beliau berkata usaha pengurusan banjir sedemikian apabila siap, dapat memastikan pengurusan kebanjiran yang baik untuk jangka panjang sehingga 2100.
Kebanjiran merupakan fenomena tahunan di Malaysia disebabkan oleh monsun timur laut yang membawa cuaca hujan lebat dari November hingga Mac.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.