Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hujan lebat di Arab Saudi: 2 maut, sekolah-sekolah ditutup

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan lebat di Arab Saudi: 2 maut, sekolah-sekolah ditutup

Keadaan di Jeddah pada Khamis (24 Nov). (Gambar: Twitter)

RIYADH: Sekurang-kurangnya dua orang maut pada Khamis (24 Nov) disebabkan hujan lebat melanda barat Arab Saudi, termasuk Jeddah.

Menurut para pegawai, beberapa penerbangan ditangguhkan dan sekolah-sekolah turut ditutup.

"Sejauh ini dua orang dilaporkan mati dan kami menggesa semua orang agar tidak keluar kecuali perlu," menurut kerajaan wilayah Makkah di laman Twitternya.

Jalan raya yang menghubungkan Jeddah dengan Mekah ditutup pada Khamis apabila ia mula hujan, menurut Saudi Press Agency, namun ia kemudian dibuka semula.

Lapangan terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz menyatakan bahawa "keberangkatan beberapa penerbangan terpaksa ditangguhkan akibat keadaan cuaca" dan menggesa para penumpang supaya menghubungi syarikat penerbangan masing-masing untuk mendapat jadual yang dikemaskini.

Sekolah-sekolah di bandar berdekatan seperti Rabigh dan Khulais ditutup untuk "melindungi keselamatan para pelajar.

Pada Khamis, Pusat Kebangsaan Meteorologi merakam 179 milimeter hujan yang turun, iaitu yang tertinggi di bandar itu.
Sumber : Agensi berita/NA/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan