Skip to main content

Dunia

Hujan lebat cetus banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat selama lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan Habu Heights, Cameron Highlands pada petang Isnin (20 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan lebat cetus banjir kilat di Cameron Highlands

(Gambar: Media Sosial)

Diterbitkan : 20 Apr 2026 09:57PM Dikemas Kini : 20 Apr 2026 09:59PM
KUANTAN: Hujan lebat selama lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan Habu Heights, Cameron Highlands pada petang Isnin (20 Apr).

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands Supt Azri Ramli berkata hujan lebat yang bermula pukul 2.00 petang menyebabkan aliran air lumpur deras dari kawasan tinggi mengalir ke jalan utama Ringlet.

“Bagaimanapun keadaan terkawal dan air surut sepenuhnya sekitar 4.00 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Isnin.

Encik Azri berkata tiada laporan kemalangan jiwa diterima, namun terdapat dua laporan polis membabitkan dua kenderaan dihanyutkan arus deras.

Beliau berkata tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden berkenaan dan keadaan di lokasi kini kembali selamat untuk dilalui.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita