Skip to main content

Dunia

Hujan lebat berterusan diramal landa Johor, Pahang sehingga Ahad

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan lebat berterusan diramal landa Johor, Pahang sehingga Ahad

(Gambar: Facebook/MET Malaysia)

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Pahang dan Johor bermula Khamis (4 Dis) sehingga Ahad (7 Jan).

MetMalaysia dalam kenyataannya memaklumkan amaran tersebut melibatkan kawasan Pekan dan Rompin di Pahang, manakala di Johor meliputi kawasan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Jabatan itu turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka berlaku dalam tempoh yang sama melibatkan Kuantan di Pahang, serta Batu Pahat dan Pontian, masing-masing di Johor.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita