Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hujan lebat berterusan di Jepun ragut 1 mangsa, seorang lagi hilang

Di bahagian selatan Jepun, seorang maut akibat hujan lebat yang berterusan manakala, seorang lagi dilaporkan hilang.

Anggaran Waktu Membaca:
Hujan lebat berterusan di Jepun ragut 1 mangsa, seorang lagi hilang

Lebih sejuta penduduk di pulau Kyushu diarah berpindah selepas amaran dikeluarkan tentang kemungkinan berlakunya tanah runtuh. (Gambar: Kyodo News/AP)

Diterbitkan : 04 Jul 2019 05:19PM Dikemas Kini : 04 Jul 2019 05:22PM

KYUSHU, JEPUN: Di bahagian selatan Jepun, seorang maut akibat hujan lebat yang berterusan manakala, seorang lagi dilaporkan hilang.

Awal dari itu, lebih sejuta penduduk di pulau Kyushu diarah berpindah selepas amaran dikeluarkan tentang kemungkinan berlakunya tanah runtuh dan banjir.

Ini ekoran hujan lebat sejak Jumaat lalu.

Namun hanya sekitar 3,000 penduduk sudah mendapatkan perlindungan.

Hujan lebat itu diramal melanda juga bahagian tengah dan timur Jepun dalam hari-hari mendatang.

Tahun lalu, Jepun mengalami cuaca paling teruk dalam tempoh hampir 40 tahun, dengan lebih 200 orang terkorban.

Ramai menyalahkan tindakan lambat kerajaan Jepun yang didakwa mengeluarkan arahan berpindah terlalu lewat.

Sumber : AFP/RU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan