Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hujan lebat berlarutan di Sydney paksa penduduk berpindah

Anggaran Waktu Membaca:

SYDNEY: Para penduduk Sydney sekali lagi terpaksa meninggalkan rumah mereka setelah hujan turun mencurah-curah semalaman.

Diperkira, ia setara dengan satu bulan air hujan yang biasa turun di kota itu. 

Pihak berkuasa turut mengeluarkan amaran banjir kilat, manakala penduduk di kawasan tanah rendah diberi arahan supaya berpindah, dengan para penyelamat bersiap sedia sekiranya terdapat banjir sungai dan banjir kilat. 

Beberapa kawasan di New South Wales akan mengalami hujan lebat berserta guruh untuk beberapa hari akan datang, sekali gus mencetuskan kebimbangan bahawa banjir akan memudaratkan lagi kawasan-kawasan yang sudah terjejas teruk. 

Cuaca buruk mungkin berlarutan hingga ke hujung minggu akibat kepulan udara lembap yang bertembung dengan saluran udara atas pantai, lapor agensi berita tempatan.

Kenderaan terpaksa mengharungi jalan-jalan raya yang kelihatan seperti sungai.

Setakat ini, khidmat kecemasan New South Wales sudah menerima hampir 700 panggilan meminta bantuan.

Sebanyak 25 usaha menyelamat daripada banjir turut dijalankan.

Sumber : Agensi berita/IQ/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan