Hujan lebat bantu pegawai bomba California padam kebakaran
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Frederic J. BROWN / AFP)
CALIFORNIA: Ribut tropika yang melanda Pantai Pasifik Amerika Syarikat (AS)membawa suhu lebih sejuk dan hujan yang sangat diperlukan di California selatan pada Sabtu (10 Sep) sekali gus menamatkan gelombang haba teruk dan mengurangkan kebimbangan kebakaran besar yang boleh mengancam lebih ramai penduduk, lapor Reuters.
Para pegawai memberi amaran angin kencang dibawa Ribut Tropika Kay boleh menyebabkan kebakaran Fairview marak yang setakat Jumaat (9 Sep) memusnahkan kira-kira 27,000 ekar tanah di daerah Riverside, timur Los Angeles.
Hanya 5 peratus api terkawal.
Hujan lebat telah membantu pasukan bomba mengawal kebakaran, menurut Rob Roseer, jurucakap agensi lebakaran California, Cal Fire.
Bagaimanapun, pihak berkuasa memberi amaran hujan boleh mengakibatkan risiko berlaku banjir kilat dan tanah runtuh.
Setakat pukul 10.50 pagi, 40 peratus kebakaran berjaya dikawal dan tiada laporan mengenai banjir kilat atau aliran tanah, kata Encik Roseer.
"Mujur hujan daripada Ribut Tropika Kay tiba lebih awal daripada jangkaan. Ia memberikan kelegaan buat anggota bomba," kata beliau.
Ribuan penduduk diarah meninggalkan rumah mereka meskipun beberapa penduduk yang tinggal di bahagian barat dan barat laut kebakaran itu dibenarkan pulang pada Jumaat (9 Sep), kata Encik Rosser.
Dua orang maut akibat kebakaran tersebut.
Suhu mencecah tahap rekod 38.3 darjah Selsius di Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles pada Jumaat menurut Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan.
Para pegawai mempertimbangkan untuk melaksanakan catuan elektrik pada awal minggu ini ketika permintaan tenaga elektrik mencecah paras tertinggi.

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.