Hujan lebat, banjir kilat ancam bahagian tenggara Australia
Anggaran Waktu Membaca:

Air banjir yang semakin meningkat di wilayah Queensland, Australia pada Feb lalu. (Gambar: AFP)
SYDNEY: Para penduduk di bahagian tenggara Australia diberi amaran pada Rabu (12 Okt) supaya mempersiapkan diri bagi keadaan cuaca yang boleh membawa angin ribut dan hujan lebat dua hari akan datang.
Victoria, di mana terletaknya Melbourne, dijangka paling teruk terjejas dengan pihak berkuasa menggesa para penduduk di kawasan terpencil supaya mengumpulkan bekalan penting untuk sekurang-kurangnya tiga hari.
Ini menyusuli kebimbangan banjir yang boleh menjejas seluruh bandar tersebut.
Sebahagian besar wilayah Victoria dan utara Tasmania harus bersedia menghadapi angin kencang dan hujan meluas pada Khamis sehingga 120mm, iaitu sekitar dua kali ganda purata bagi keseluruhan bulan.
Kelajuan angin boleh mencecah sehingga 100km sejam di bahagian tengah dan timur Victoria pada Khamis.
Sebilangan empangan dan sungai di Victoria sudahpun mencapai paras maksimum disebabkan fenomena La Nina, yang biasanya dikaitkan dengan jumlah hujan yang meningkat.
Fenomena itu berlangsung selama tiga tahun berturut-turut dan dijangka berterusan sehingga tahun depan.

Sumber : Reuters/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.