Skip to main content

Dunia

Hujan diramalkan di beberapa bahagian Saudi pada bulan ini

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Bahagian utara Arab Saudi, yang merangkumi Tabuk, Al-Jawf dan Wilayah Sempadan Utara, akan menyaksikan kenaikan suhu melebihi purata, menurut ramalan Pusat Kaji Cuaca Nasional (NCM) bagi keadaan cuaca pada musim akan datang. 

Suhu akan merosot ke bawah purata di kawasan Jazan, Asir dan Najran, menurut NCM lagi, seperti dinukil Saudi Gazette. 

Bagi kawasan-kawasan lain di Arab Saudi, suhu akan kekal pada paras purata dan terdapat kemungkinan hujan di kawasan-kawasan berkenaan. 

Kawasan pantai Laut Merah dan kawasan pergunungan termasuk Tabuk, Madinah, Makkah, Al-Baha, Asir Najran dan Jazan akan dilanda hujan melebihi purata pada September. 

Menurut ramalan NCM, terdapat kemungkinan keadaan cuaca ekstrem termasuk hujan lebat pada musim akan datang. 

Agensi cuaca tersebut menarik perhatian bahawa hujan lebat tidak lazimnya berlaku bagi model-model iklim jangka panjang, tetapi mungkin boleh dianggarkan menerusi ramalan jangka pendek yang dikeluarkan pusat berkenaan, menurut Saudi Gazette. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita