Hujan diramal terus melanda banyak kawasan Saudi hingga 10 Jan

(Gambar: Saudi Press Agency)
RIYADH: Banyak kawasan di Arab Saudi akan dilanda ribut petir mulai Ahad (8 Jan) sehingga Selasa (10 Jan).
Demikian menurut jurucakap Pusat Meteorologi Saudi (NCM) kepada Saudi Gazette.
Hujan sederhana hingga lebat diramalkan bagi Makkah, Madinah, bahagian utara sempadan Saudi, Al-Jouf, Tabuk, Hail, Al-Qassim, Al-Sharqiya, Riyadh dan Al-Baha.
Hujan akan disertai dengan hujan batu, kabus, kekurangan daya penglihatan mendatar dan hujan lebat yang mencurah-curah, kata Encik Al-Qahtani kepada Saudi Gazette.
Salji juga dijangka melanda kawasan tanah tinggi di Tabuk, termasuk kawasan pergunungan Al-Lawz (Jabal Al-Lawz), Alqan dan Al-Dahar.
Sebahagian besar kawasan di Arab Saudi yang menyaksikan penurunan suhu pada musim sejuk adalah di bahagian utara dan timur laut.
Turaif mencatat suhu terendah pada Jumaat (6 Jan), iaitu 2 darjah Selsius, manakala Al-Qurayyat dan Arar melaporkan 3 darjah Selsius.
Bandar Sharoura pula mencatat suhu tertinggi di Arab Saudi - 30 darjah Selsius.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.