Hujan berterusan di Arab Saudi hingga 3 Jan 2023
Anggaran Waktu Membaca:
JEDDAH: Pusat Kaji Cuaca Nasional (NCM) Arab Saudi meramalkan hujan di kebanyakan kawasan di Arab Saudi berlarutan hingga Selasa (3 Jan).
Saudi Gazette memetik jurucakap NCM, Hussein Al-Qahtani, sebagai berkata bahawa hujan akan diiringi angin kencang, habuk, jarak penglihatan yang rendah dan ombak besar di bandar-bandar pesisiran pantai.
Beliau berkata, amaran hujan sudahpun dikeluarkan kepada banyak bandar di kawasan Makkah, termasuk Jeddah, Rabigh dan Taif.
Hujan juga diramal melanda Riyadh, Al-Qassim dan Al-Baha.
Menurutnya wilayah Timur negara itu akan mengalami hujan "sederhana" manakala awan petir mungkin terbentuk di bahagian wilayah Jazan dan Najran.
Pihak berkuasa menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati semasa hujan dan tidak meninggalkan rumah mereka kecuali bagi urusan kecemasan, lapor Saudi Gazette.
"Orang ramai harus berjaga-jaga dan tidak menghampiri tempat-tempat di mana air hujan bertakung demi keselamatan mereka," menurut NCM.
Dalam pada itu, lewat kelmarin, NCM turut meningkatkan tahap amaran hujan di Jeddah.
Beberapa penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz di Jeddah ditangguhkan disebabkan 'keadaan cuaca'.
Majlis Perbandaran Jeddah sudahpun mempersiapkan peralatan dan tenaga kerjanya untuk menangani sebarang kecemasan akibat hujan.

Sumber : Agensi berita/SU/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.