Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hubungan Jepun dan China beransur pulih, tegas PM Abe

Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe melahirkan keyakinan bahawa hubungan dengan China semakin bertambah baik. Dalam wawancaranya bersama akhbar tempatan yang diterbitkan pada Ahad (2 Sep), Encik Abe menegaskan bahawa hubungan antara kedua-dua negara sudah beransur pulih.

Anggaran Waktu Membaca:
Hubungan Jepun dan China beransur pulih, tegas PM Abe

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe.

Diterbitkan : 02 Sep 2018 06:12PM Dikemas Kini : 02 Sep 2018 06:14PM

TOKYO: Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe melahirkan keyakinan bahawa hubungan dengan China semakin bertambah baik. Dalam wawancaranya bersama akhbar tempatan yang diterbitkan pada Ahad (2 Sep), Encik Abe menegaskan bahawa hubungan antara kedua-dua negara sudah beransur pulih.

Encik Abe, yang dijadual melakukan lawatan ke China pada hujung bulan Oktober, ditukil sebagai berkata bahawa beliau merancang untuk mengundang Presiden Xi Jinping ke Jepun pada masa akan datang.

Komen beliau itu dikeluarkan di tengah-tengah sekatan yang dikenakan Amerika Syarikat ke atas Beijing dan Tokyo yang meningkatkan lagi dasar perlindungan dan kesannya ke atas ekonomi global.

"Perdana Menteri Li Keqiang mengadakan lawatan ke Jepun pada Mei dan hubungan Jepun-China kembali ke landasan normal," Encik Abe memberitahu akhbar Sankei.

Menteri Kewangan Jepun turut menyuarakan rasa optimis yang serupa pada Jumaat, sambil berkata dialog kewangan dengan China kali ini adalah "sangat baik" dan kedua-dua pihak bersetuju untuk mengekalkan kerjasama bagi dasar serta langkah-langkah makroekonom.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkali-kali mengancam untuk menguatkuasakan cukai sebagai sebahagian dasar ekonomi beliau, sambil mendakwa bahawa defisit perdagangan sektor kenderaan Amerika Syarikat disebabkan oleh Jerman dan Jepun.

Dalam wawancaranya, Encik Abe berkata beliau berkongsi matlamat yang sama dengan Encik Trump dalam mengembangkan perdagangan dan pelaburan yang memanfaatkan kedua-dua negara itu. Namun Encik Abe menekankan bahawa beliau tetap akan mengutamakan kepentingan negara dan bukan persahabatannya dengan Presiden Trump.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan