Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hubungan diplomatik M'sia & S'pura tidak terjejas dek hukuman Nagaenthran

Anggaran Waktu Membaca:
Hubungan diplomatik M'sia & S'pura tidak terjejas dek hukuman Nagaenthran

Gambar fail Saifuddin Abdullah (Gambar: BERNAMA)

KUANTAN: Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura tidak terjejas menyusuli kes rakyat Malaysia, mendiang Nagaenthran Dharmalingam, yang dihukum mati di Penjara Changi, pada Rabu (27 April) selepas didapati bersalah menyeludup dadah ke Singapura pada 2009.

Menteri Luar Saifuddin Abdullah berkata Malaysia menghormati lunas undang-undang negara itu, lapor Sinar Harian.

Menurutnya lagi, kerajaan dan pemerintah kedua-dua negara saling memahami terhadap keperluan sesebuah negara untuk menegakkan undang-undang masing-masing.

"Kerajaan telah mencuba sedaya upaya membantunya untuk mendapatkan keampunan dan dikurangkan hukuman.

"Selain itu, Nagaenthran bukan rakyat Malaysia pertama menjalani hukuman mati di negara itu," katanya seperti dinukil oleh Sinar Harian.

Beliau berkata demikian di sidang media sempena Program Jualan MyRakyat Sentuhan Kasih Aidilfitri di pekarangan Wisma Belia Indera Mahkota pada Sabtu (30 April).

Menurut Encik Saifuddin, kerajaan telah mencadangkan supaya Malaysia dan Singapura mengadakan perjanjian pertukaran banduan antara kedua-dua negara.

Menurutnya lagi, tiada sebarang perjanjian pertukaran banduan setakat ini, lapor Sinar Harian.

"Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin akan melihat perkara ini dengan lebih lanjut," katanya.

Sumber : Agensi berita/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan