Skip to main content

Dunia

Hubungan AS-China menjurus ke arah merugikan kedua-dua negara, kata Tharman Shanmugaratnam

Anggaran Waktu Membaca:
Hubungan AS-China menjurus ke arah merugikan kedua-dua negara, kata Tharman Shanmugaratnam

Encik Tharman Shanmugaratnam. (Gambar: AFP/Roslan Rahman)

DAVOS: Menteri Kanan Tharman Shanmugaratnam yang berada di Switzerland untuk menghadiri Forum Ekonomi Sedunia (WEF), memberi amaran berkenaan hubungan Amerika Syarikat dengan China yang sedang menjurus ke arah yang merugikan kedua-dua pihak.

"Adakah kita mahu kedua-dua ekonomi dan kuasa terbesar dunia itu bertikai dengan satu sama lain? Atau adakah kita mahu mereka dapat bekerjasama demi kepentingan negara dan kepentingan sejagat, dan berunding mengenai isu-isu sukar dan berpendirian tegas terhadap satu sama lain, dalam perkara-perkara berkaitan ketidakadilan dalam pelaburan dagangan?" kata Encik Tharman.

"Itu adalah satu soalan keselamatan negara yang penting, bukan sekadar tentang kemakmuran ekonomi," tambahnya.

Encik Tharman juga menyentuh tentang bagaimana dunia sudah beralih ke fasa baru, di mana kejutan tidak berlaku secara rambang, tetapi secara sistemik.

Menurutnya, para pemimpin perlu jangkakan kejutan-kejutan sedemikian.

"Bagaimanakah kita menjangkakannya? Kerana ini bukan kejadian rambang. Kita mungkin tidak tahu bila pandemik seterusnya akan berlaku," katanya.

"Kita mungkin tidak tahu bila cuaca buruk seterusnya akan melanda, tapi ia pasti akan berlaku. Dan kita tahu ia akan semakin buruk dan lebih kerap. Itulah dunia baru sekarang," tambahnya.
Sumber : CNA/KH/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita