'Hubungan baik' dengan Jokowi tapi Megawati beri amaran penggal ketiga presiden boleh rosakkan Indonesia
Cik Megawati Soekarnoputri (kiri), Pengerusi Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) dengan Presiden Joko Widodo pada 24 Jun 2023. (Gambar: Danang Wisanggeni/CNA)
Beliau berkata demikian semasa berucap di satu acara penyerahan bendera negara kepada para gabenor Indonesia di Jakarta pada Isnin (5 Ogos).
Pengerusi Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) yang berusia 77 tahun itu turut meluahkan kebimbangan terhadap potensi berlaku bahaya pada negara itu,berhubung dakwaan terdapat percubaan untuk menukar had penggal presiden.
Beliau membantah sekeras-kerasnya langkah untuk melanjutkan tempoh khidmat presiden kepada tiga penggal sambil berkata ia akan melanggar Perlembagaan Indonesia.
Pada masa yang sama, beliau juga mempersoalkan sama ada tokoh-tokoh politik sedia ada mematuhi perlembagaan tersebut.
"Rosaknya oleh kalian sendiri, orang Indonesia, yang sudah tidak merasa lagi yang namanya kita harus bergotong royong, harus kekeluargaan, tidak ada lagi yang namanya Bhinneka Tunggal Ika (prinsip perpaduan dalam kepelbagaian). Bagaimana, ya, terus kalian hendak jadi apa? Elit saja," ujarnya.
Sungguhpun Cik Megawati tidak mendedahkan nama tokoh politik yang dimaksudkannya, media tempatan dan beberapa pegawai Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan sebelum ini melaporkan bahawa Presiden Joko Widodo dipercayai cuba meminda perlembagaan bagi membolehkannya berkhidmat untuk penggal ketiga.
Pada Isnin, Cik Megawati menekankan bahawa pendiriannya itu bertujuan untuk menegakkan integriti Perlembangaan Indonesia.
Beliau telah mengundang para peguam perlembagaan yang menghadiri acara tersebut untuk mengangkat tangan masing-masing sekiranya mereka bersetuju dengan pandangannya.
Cik Megawati kemudian menjelaskan bahawa beliau tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan sebarang perubahan pada tempoh khidmat presiden.
"Saya tidak mempunyai kuasa untuk membuat keputusan; ia adalah peranan Dewan Perundingan Rakyat (MPR)," katanya.
MPR terdiri daripada ahli-ahli Dewan Rakyat dan Senat Indonesia.
Presiden Indonesia hanya boleh berkhidmat bagi tempoh maksimum dua penggal selama lima tahun, seperti yang dimandatkan oleh perlembagaan itu.
Bagi meminda perlembagaan tersebut, satu usulan mesti dibuat oleh sekurang-kurangnya sepertiga daripada seluruh ahli MPR, dalam bentuk bertulis, di mana ia perlu memperincikan pindaan yang diusulkan itu serta kewajarannya.
Kuorum bagi sidang khas Parlimen untuk meminda perlembagaan adalah majoriti dua pertiga daripada ahli MPR.
Cadangan pindaan memerlukan majoriti mudah sebanyak 50 peratus ditambah seorang ahli tambahan untuk diluluskan oleh MPR.
Meskipun komennya mengenai perkara itu jarang berlaku, ini bukan kali pertama Cik Megawati menyuarakan bantahannya terhadap idea penggal ketiga bagi presiden.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.