Hubei larang guna kenderaan di jalan raya; bendung penularan COVID-19
Pemerintah Hubei, tempat tercetusnya virus korona COVID-19 di China, menyatakan pada Ahad (16 Feb) satu larangan ke atas penggunaan kenderaan di jalan raya akan dikuat kuasakan di seluruh wilayah tersebut untuk membendung penularan virus terkenaan.
SHANGHAI: Pemerintah Hubei, tempat tercetusnya virus korona COVID-19 di China, menyatakan pada Ahad (16 Feb) satu larangan ke atas penggunaan kenderaan di jalan raya akan dikuat kuasakan di seluruh wilayah tersebut untuk membendung penularan virus terkenaan.
Dalam satu dokumen yang diterbitkan, ia menyatakan kereta polis, ambulans, kenderaan yang membawa barangan keperluan atau kenderaan berkaitan khidmat awam akan dikecualikan daripada larangan berkenaan.
Ia menambah wilayah itu akan menjalankan pemeriksaan kesihatan dengan kerap ke atas semua penduduk. Ia juga menyatakan syarikat--syarikat tidak boleh meneruskan operasi tanpa mendapat keizinan daripada pemerintah terlebih dahulu.
Jumlah kes baru wabak itu di China merosot buat hari ketiga berturut-turut pada Ahad (16 Feb) sedang Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran adalah "mustahil" untuk meramalkan bagaimana virus tersebut akan berkembang seterusnya.
COVID-19 sudah meragut 1,665 jiwa di tanah besar China dan lebih 68,000 orang kini dijangkiti namun bilangan kes baru COVID-19 terus merosot.
Di wilayah Hubei, yang paling teruk wabak terjejas, jumlah kes baru jatuh buat tiga hari berturut-turut dengan 139 pada Sabtu (15 Feb).
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.