Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

HSR & Perjanjian Air Sungai Johor antara isu dibincang PM M'sia & Dr Balakrishnan

Anggaran Waktu Membaca:
 HSR & Perjanjian Air Sungai Johor antara isu dibincang PM M'sia & Dr Balakrishnan

Koswe tatkala waktu senja. (Gambar: iStock)

KUALA LUMPUR: Isu berkaitan Perjanjian Air Sungai Johor 1962 menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan semalam (18 Mei).

Encik Ismail Sabri dalam kenyataan di laman Facebooknya turut memaklumkan bahawa beliau menerima kunjungan Dr Vivian Balakrishnan di pejabatnya di Putrajaya.

“Banyak perkara dibincangkan antaranya berkaitan sesi pemukiman (retreat) pemimpin-pemimpin Malaysia dan Singapura ke-10, hubungan dua hala, pelaburan, pelancongan, rentas sempadan dan Perjanjian Air Sungai Johor 1962.

“Kami juga membincangkan mengenai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan projek Sistem Transit Pantas (RTS) aliran Johor Bahru-Singapura, selain isu maritim dan ruang udara Malaysia dan Singapura,” kata beliau selanjutnya.

Beliau turut berharap hubungan dua hala antara Malaysia dan Singapura akan terus kukuh demi kemajuan bersama.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan