Skip to main content

Dunia

Houthi sambut baik pemimpin tertinggi baharu Iran

Anggaran Waktu Membaca:
Houthi sambut baik pemimpin tertinggi baharu Iran
Mojtaba Khamenei. (Gambar: Reuters)
Diterbitkan : 09 Mar 2026 10:23PM Dikemas Kini : 09 Mar 2026 10:24PM
SANAA: Kumpulan Houthi Yaman pada Isnin mengalu-alukan pelantikan Encik Mojtaba Khamenei, anak kepada Ayatollah Ali Khamenei, sebagai pemimpin terttinggi baharu Iran, sambil menyifatkan langkah tersebut sebagai tanda perpaduan dan kekuatan dalam Republik Islam itu, lapor Xinhua.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh TV Al-Masirah, Majlis Politik Tertinggi kumpulan itu mengucapkan tahniah kepada kepimpinan dan rakyat Iran atas pelantikan tersebut, dengan menyatakan ia berlaku pada "detik yang amat penting dan genting".

Pelantikan itu mencerminkan "kekuatan dan keutuhan Iran di peringkat kepimpinan, rakyat, negara dan institusi", menurut kenyataan itu.

Kumpulan Houthi turut menyeru dunia Islam dan penyokong apa yang mereka sifatkan sebagai perjuangan yang adil untuk menunjukkan perpaduan yang lebih besar terhadap Iran.

Encik Mojtaba Khamenei dipilih sebagai pemimpin tertinggi baharu Iran, menurut pengumuman Perhimpunan Pakar Iran pada Ahad, yang mengesahkan pemilihannya sebagai pemimpin tertinggi ketiga negara itu dalam apa yang disifatkan sebagai "undian muktamad" ahli-ahlinya.

Pemilihan beliau menyusul selepas kematian bapanya, Ayatollah Ali Khamenei, yang terkorban dalam serangan udara bersama AS-Israel ke atas Tehran dan bandar Iran yang lain pada 28 Feb, yang mencetuskan serangan peluru berpandu dan dron Iran terhadap sasaran Israel dan Amerika Syarikat di seluruh Timur Tengah.
 
Sumber : Bernama/AY/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita