Skip to main content

Dunia

Houthi hanya akan sasar kapal berkait Israel susuli perjanjian Gaza

Houthi akan mengehadkan serangan mereka ke atas kapal komersial kepada kapal-kapal yang ada kaitan dengan Israel, dengan syarat gencatan senjata Gaza dilaksanakan sepenuhnya, menurut Pusat Penyelarasan Operasi Kemanusiaan (HOOC).

Anggaran Waktu Membaca:
Houthi hanya akan sasar kapal berkait Israel susuli perjanjian Gaza

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 21 Jan 2025 12:54PM Dikemas Kini : 21 Jan 2025 12:55PM
LONDON: Houthi akan mengehadkan serangan mereka ke atas kapal komersial kepada kapal-kapal yang ada kaitan dengan Israel, dengan syarat gencatan senjata Gaza dilaksanakan sepenuhnya, menurut Pusat Penyelarasan Operasi Kemanusiaan (HOOC).

HOCC yang berpangkalan di Sanaan, menghubungkan Houthi dengan para pengendali kapal komersial dan dikaitkan dengan Houthi, berkata ia menghentikan "sekatan" terhadap kapal-kapal yang dimiliki oleh individu atau entiti Amerika atau Britain, serta kapal yang berdaftar di negara masing-masing.

"Kami mengesahkan bahawa, sekiranya berlaku sebarang pencerobohan terhadap Republik Yaman oleh Amerika Syarikat, Britain, atau entiti Israel yang merampas kuasa, sekatan akan dikembalikan semula terhadap penceroboh," katanya dalam emel yang dihantar kepada pegawai industri perkapalan bertarikh 19 Jan.

"Anda akan segera dimaklumkan tentang langkah-langkah sedemikian sekiranya ia dilaksanakan."
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita