Skip to main content

Dunia

Houthi dakwa lancar peluru berpandu ke atas lapangan terbang Israel

Kumpulan Houthi di Yaman mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke atas Lapangan Terbang Ben Gurion di tengah Israel pada Selasa (1 Jul), lapor agensi berita Xinhua.

Anggaran Waktu Membaca:
Houthi dakwa lancar peluru berpandu ke atas lapangan terbang Israel

Jurucakap kumpulan Houthi, Yahya Sarea. (Gambar: REUTERS)

YAMAN: Kumpulan Houthi di Yaman mendakwa bertanggungjawab melancarkan serangan peluru berpandu balistik ke atas Lapangan Terbang Ben Gurion di tengah Israel pada Selasa (1 Jul), lapor agensi berita Xinhua.

Jurucakap tentera kumpulan itu, Yahya Sarea dalam kenyataan disiarkan menerusi saluran televisyen kendalian Houthi, al-Masirah, berkata pihaknya "melaksanakan operasi ketenteraan khas menyasarkan Lapangan Terbang Ben Gurion di Tel Aviv menggunakan peluru berpandu balistik hipersonik jenis Palestine-2."

Encik Sarea turut menambah bahawa serangan itu "berjaya mencapai sasarannya."

Jutaan penduduk terpaksa melarikan diri ke tempat perlindungan dan operasi lapangan terbang itu terjejas.

Beliau turut mendakwa beberapa serangan menggunakan pesawat tanpa pemandu (UAV) turut dilancarkan ke atas "tiga lokasi sensitif" di Eilat, Tel Aviv dan Ashkelon.

Encik Sarea menegaskan bahawa kumpulannya akan meneruskan operasi ketenteraan "bagi menyokong rakyat Palestin" selagi Israel tidak menghentikan tindakan ketenteraannya di Gaza.

Sementara itu, pihak tentera Israel dalam kenyataan berasingan pada Selasa mengesahkan peluru berpandu dilancarkan dari Yaman ke arah Israel, sekali gus mencetus bunyi semboyan kecemasan di kawasan tengah dan selatan. 

Namun, peluru berpandu itu berjaya dipintas dan tiada kecederaan dilaporkan.

Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz berikrar melancarkan tindakan balas terhadap kumpulan Houthi menyusuli serangan berkenaan.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita