Houthi beri Israel 4 hari untuk tarik balik sekatan bantuan kemanusiaan Gaza
Anggota pengawal pantai Yaman yang bergabung dengan kumpulan Houthi untuk melakukan rondaan di laut pada 4 Jan 2024 sebagai menunjukkan perpaduan dengan penduduk Gaza di tengah-tengah perang Israel dan Hamas yang masih berterusan di Gaza.(Gambar: AFP)
Ia sekali gus menandakan kemungkinan peningkatan pada serangan tindak balas Houthi selepas kumpulan itu menghentikan serangannya pada Januari lalu menyusuli pelaksanaan gencatan senjata di Carikan Gaza.
Kumpulan Houthi telah melancarkan lebih 100 serangan yang menyasarkan kapal-kapal sejak November 2023, di mana mereka katakan ia sebagai tanda perpaduan dengan warga Palestin berhubung perang Israel dengan Hamas di Gaza.
Dalam tempoh itu, kumpulan Houthi telah menyebabkan dua kapal karam, merampas sebuah kapal dan membunuh sekurang-kurangnya empat kru kapal dalam serangan yang menjejas perkapalan global, memaksa syarikat-syarikat menggunakan laluan lebih jauh dan lebih mahal di Afrika Selatan.
"Kami akan berikan tempoh empat hari. Tarikh akhir ini bagi pihak pengantara (gencatan senjata Gaza) atas usaha mereka," kata kumpulan tersebut.
"Jika selepas empat hari Israel masih menyekat bantuan kemanusiaan ke Gaza dan masih menutup lintasan, kami akan meneruskan serangan terhadap kapal-kapal Israel."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.