Houthi benarkan penerbangan sementara PBB ke lapangan terbang Sanaa
Penyokong kumpulan Pengerakan Selatan Yaman di atas sebuah kereta kebal. (Gambar: AFP/Saleh Al-Obeidi)
KAHERAH: Pihak berkuasa penerbangan di bawah pentadbiran Houthi di Yaman membenarkan penyambungan semula secara sementara penerbangan membawa bantuan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan badan lain ke lapangan terbang antarabangsa Sanaa.
Demikian menurut agensi media Saba, kendalian kumpulan pemberontak itu, pada Isnin (27 Dis), lapor Reuters.
Penerbangan membawa bantuan PBB ke ibu kota Yaman terpaksa dihentikan susulan serangan udara dilancarkan pakatan tentera diketuai Arab Saudi.
Gabungan tentera menegaskan ia hanya melakukan serangan ke atas sasaran tentera di lapangan terbang, yang didakwa digunakan untuk melancarkan serangan dron terhadap sasarn Saudi.
Lapangan terbang itu ditutup kepada penerbangan awam sejak 2015, selepas Houthi mengambil alih kerajaan yang disokong Arab Saudi dari Sanaa. Meskipun begitu, pesawat PBB yang membawa bantuan kemanusiaan dibenarkan mendarat di lapangan terbang itu.
Pihak berkuasa penerbangan yang dikendalikan Houthi berkata dalam satu kenyataan pada hari Isnin, ia membenarkan penyambungan semula penerbangan PBB "selepas kerosakan dalam peranti komunikasi dan navigasi diperbaiki buat sementara waktu," menurut laporan agensi itu.
BERITA BERKAITAN:
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.