Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hotel runtuh di China; 8 maut, 9 masih hilang

Lapan terbunuh manakala sembilan yang lain masih hilang selepas sebuah hotel runtuh di bandar Suzhou di wilayah Jiangsu timur China, kata pihak berkuasa tempatan pada Selasa (12 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Hotel runtuh di China; 8 maut, 9 masih hilang

Sebuah hotel runtuh di bandar Suzhou di wilayah Jiangsu timur China. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 13 Jul 2021 03:19PM Dikemas Kini : 13 Jul 2021 03:22PM

NANJING: Lapan terbunuh manakala sembilan yang lain masih hilang selepas sebuah hotel runtuh di bandar Suzhou di wilayah Jiangsu timur China, kata pihak berkuasa tempatan pada Selasa (12 Jul).

Kejadian berlaku kira-kira 3.33 petang Isnin, seramai 23 mangsa dilaporkan terperangkap, lapor Xinhua.

Siasatan awal mendapati punca runtuhan disebabkan kerja-kerja ubah suai di hotel berkenaan dibuat tanpa kelulusan pihak berkuasa, menurut pemerintah daerah Wujiang. 

Siasatan lanjut mengenai punca sebenar kejadian sedang dilakukan.

Sumber : Bernama/SU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan