Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hotel di Riyadh ini tawar penginapan bagi unta

Sebuah hotel di padang pasir dibuka khusus untuk seorang tetamu istimewa sahaja.

Anggaran Waktu Membaca:

RIYADH: Sebuah hotel di padang pasir dibuka khusus untuk seorang tetamu istimewa sahaja.

Khusus buat unta, hotel itu menyediakan pelbagai khidmat termasuk hidangan makanan, susu panas di samping memastikan kandang-kandangnya sentiasa kemas dan bersih.

Para pemilik unta di ibu kota Saudi, Riyadh kini boleh meninggalkan haiwan peliharaan mereka di hotel ini ketika melancong atau menjalankan tugas seharian mereka. 

Hotel Tatemman itu menyediakan 480 bilik atau kandang dengan harga penginapan ditetapkan pada sekitar 400 Riyal Saudi (S$140) untuk penginapan satu malam. 

Susu panas juga disediakan pada harga tambahan 100 Riyal (S$35) bagi setiap unta. 

Namun unta-unta perlu lulus ujian kesihatan sebelum ia dapat menikmati layanan yang disediakan di hotel itu. 

Sumber : Agensi berita/AI/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan