Skip to main content

Dunia

Hot Wheels model Proton Saga diperkenal

Anggaran Waktu Membaca:
BUKIT MERTAJAM: Pengeluar kereta mainan Hot Wheels, Mattel Inc mengumumkan kerjasama dengan pengeluar kereta nasional Malaysia, Proton, bagi mengeluarkan model skala 1:64 kereta nasional pertama Malaysia, Proton Saga.

Presiden dan Ketua Pegawai Komersil Mattel Inc Steve Totzke berkata kerjasama itu sempena memperingati ulang tahun ke-40 syarikat itu di Malaysia, lapor Astro Awani.

"Ini adalah perkongsian pelesenan yang menarik kerana kami bergabung untuk membangunkan kereta Hot Wheels, mengikut model Proton Saga asal iaitu model pertama keluaran Proton, yang kini akan menjadi sebahagian daripada koleksi peribadi Hot Wheels,' katanya.

"Perkongsian ini bertujuan mempertahankan warisan kebanggaan Mattel dan Proton untuk terus menyediakan kenderaan berkualiti tinggi kepada peminat semua peringkat umur di seluruh dunia," katanya berucap pada sambutan ulang tahun ke-40 Mattel di Bukit Mertajama pada Selasa (6 Dis).

Menurut Totzke, Proton Saga merupakan kereta pertama daripada jenama automotif Malaysia dan sehubungan itu memainkan peranan penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia yang membolehkan rakyat Malaysia memiliki kereta, menurut Astro Awani.

Model baru Hot Wheels itu dijangka mula dijual di seluruh dunia menjelang akhir 2023.
Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita