Hospital Sultanah Aminah di JB dilanda banjir kilat
Anggaran Waktu Membaca:
Keadaan banjir kilat di Hospital Sultanah Aminah. (Gambar: Hospital Sultanah Aminah melalui BERNAMA)
JOHOR BAHRU: Hujan lebat berterusan sejak petang Khamis (11 Sep) menyebabkan Bangunan Lily di Hospital Sultanah Aminah (HSA) dilanda banjir kilat.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Ling Tian Soon berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 4.00 petang menyusuli kegagalan sistem saliran dan perparitan, namun keadaan kembali terkawal apabila air surut sepenuhnya sekitar pukul 4.45 petang.
Beliau yang meninjau lokasi itu berkata Bangunan Lily yang menempatkan Klinik Pakar Psikiatri dan Kesihatan Mental merupakan kawasan rendah dan antara bangunan pertama yang terjejas sekiranya berlaku hujan lebat berpanjangan.
“Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor telah melawat lokasi kejadian dan setakat pukul 7.20 malam tadi, banjir kilat di kawasan itu sudah surut sepenuhnya.
“Menurut JPS, hujan sangat lebat direkodkan di kawasan terbabit iaitu kira-kira 30 milimeter, sekali gus menyebabkan sistem saliran sedia ada tidak dapat menampung aliran air,” katanya lagi.
Beliau berkata punca kejadian juga telah dikenal pasti dan kerajaan negeri akan membantu menyelesaikan isu berkenaan.
“Berdasarkan analisis dan pemerhatian di lapangan, faktor utama banjir kilat itu adalah kerana aras bangunan lebih rendah serta kedudukannya di kawasan cerun.
"Situasi itu menyebabkan air hujan mengalir deras dari jalan raya seolah-olah ‘air terjun mini’ memasuki bangunan berkenaan,” tambahnya, seperti dinukil Sinar Harian.
Sementara itu, HSA memaklumkan mereka mengambil maklum mengenai video tular yang memaparkan situasi banjir kilat dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan orang ramai.
Berdasarkan video berdurasi empat minit 25 saat yang dikongsikan pengguna media sosial memaparkan kakitangan hospital itu sedang berusaha membawa keluar barangan dan peralatan hospital selain kenderaan seperti motosikal, menurut BH Online.
HSA memaklumkan kerja-kerja pembersihan kawasan terjejas juga sudah dilaksanakan dengan segera.

Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.