Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hospital sesak, pesakit tidak sewenang-wenang dibiar tunggu lama: Kementerian Kesihatan Malaysia

Anggaran Waktu Membaca:
TAIPING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak sewenang-wenangnya membiarkan pesakit menunggu lama di bahagian kecemasan bagi mendapatkan rawatan.

Sebaliknya, perkara itu jika berlaku disebabkan oleh beberapa faktor, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Noor Azmi Ghazali, lapor Astro AWANI.

Menurut beliau, antara faktor yang menyumbang pada kesesakan itu ialah peningkatan kes COVID-19 serta beberapa penyakit lain seperti Influenza dan penyakit kaki tangan dan mulut (HFMD).
“Peningkatan (kes) bukan sahaja COVID-19, (bahkan) kita ada HFMD, influenza menyebabkan orang ramai berkunjung ke hospital (untuk mendapatkan rawatan), menurut laporan Astro AWANI.

“Apa yang kita ingin katakan memang keadaan hospital agak padat terutama di ED (Emegency Department). Antara perkara sudah dilakukan adalah kita menambah waktu operasi di Klinik Kesihatan untuk mengurangkan kesesakan di jabatan kecemasan," kata Dr Noor Azmi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Negeri Perak Tahun 2022 di Taiping pada Jumaat (5 Ogos).

Dalam perkembangan sama, Dr Noor Azmi berkata, selepas KKM mengambil beberapa inisiatif, keadaan di hospital kerajaan pada masa ini masih terkawal.

Dalam masa sama, beliau menasihatkan pesakit bukan kes kecemasan agar mendapatkan rawatan di klinik-klinik berhampiran bagi mengelakkan kesesakan di hospital.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan