Hospital Saudi catat sejarah jalankan pembedahan buang tumor guna robot; pertama di dunia
Anggaran Waktu Membaca:
Pusat Penyelidikan dan Hospital Pakar Raja Faisal di Riyadh. (Gambar: Facebook/King Faisal Specialist Hospital & Research Centre)
RIYADH: Pusat Penyelidikan dan Hospital Pakar Raja Faisal (KFSHRC) di Riyadh mencatat sejarah dengan menjalankan pembedahan membuang tumbuhan atau tumor intrakranial menggunakan robot - yang pertama di dunia.
Pencapaian luar biasa itu menetapkan standard global baharu dalam ketepatan dan pemulihan pembedahan saraf, lapor Arab News.
Prosedur itu melibatkan pembuangan tumor otak berukuran 4.5 sentimeter dengan lengan robotik daripada seorang lelaki berusia 68 tahun yang mengalami sakit kepala teruk dan hilang tumpuan.
Menariknya, pesakit itu dibenarkan keluar dari hospital dalam keadaan sedar sepenuhnya dalam tempoh 24 jam - masa pemulihan itu hampir empat kali lebih cepat berbanding pembedahan otak tradisional, lapor Arab News.
Dr. Homoud Al-Dahash, perunding tumor dasar tengkorak dan ketua pakar bedah KFSHRC, menyatakan bahawa sistem robotik memberikan ketepatan dan kawalan yang luar biasa, yang membolehkan pakar bedah mengemudi struktur neurovaskular yang kritikal dengan tahap keselamatan yang tinggi.
"Pesakit dibenarkan pulang pada hari yang sama, dalam keadaan sedar sepenuhnya dan tanpa komplikasi, ini mewakili satu penanda aras baharu bagi inovasi neurosurgeri," tambahnya.
Dipandu oleh sistem optik 3D, pembedahan selama satu jam itu membolehkan pakar bedah menjalankan pembedahan dengan jelas dapat melihat otak. Teknologi navigasi berpandukan imej yang canggih memastikan pembuangan tumor yang tepat sambil melindungi kawasan penting otak.
Ketua Pegawai Eksekutif KFSHRC, Dr. Majid Al-Fayyadh, mengaitkan kejayaan itu dengan perjalanan transformasi hospital yang berterusan.
"Pencapaian ini mencerminkan peranan KFSHRC yang semakin meningkat dalam membentuk masa depan perubatan global," katanya.
"Ia selaras dengan visi kami, di mana inovasi dan penjagaan berpusatkan pesakit menentukan masa depan jagaan kesihatan."
Sebelum kemunculan neurosurgeri robotik, prosedur yang serupa memerlukan pembuangan secara manual di bawah mikroskop pembedahan, di mana ketepatan sangat bergantung pada ketenangan manusia dan kejelasan visual.
Sistem robotik kini menyediakan kestabilan instrumen yang dipertingkatkan, penghapusan gegaran, dan visualisasi unggul - sekali gus mentakrifkan semula standard global keselamatan dan ketepatan dalam penjagaan neurosurgeri.
Prosedur penting ini menambah portfolio kejayaan pembedahan robotik KFSHRC yang semakin berkembang. Institusi itu sebelum ini pernah melakukan pemindahan jantung robotik pertama di dunia dan pemindahan hati robotik, memperoleh pengiktirafan antarabangsa dan mengukuhkan kedudukannya dalam kalangan pusat terkemuka dunia untuk pembedahan robotik dan invasif minimum.
KFSHRC menduduki tempat pertama di Timur Tengah dan Afrika Utara serta ke-15 di peringkat global dalam kalangan 250 pusat perubatan akademik teratas dunia bagi tahun 2025. Ia juga diiktiraf sebagai jenama jagaan kesihatan paling bernilai di Timur Tengah oleh Brand Finance 2024 dan tersenarai dalam Senarai Hospital Terbaik Dunia 2025 Newsweek, Hospital Pintar Terbaik 2025, dan Hospital Khusus Terbaik 2026, lapor Arab News.
Penghargaan ini mengesahkan semula kedudukannya sebagai peneraju global dalam jagaan pesakit yang dipacu inovasi.

Sumber : Agensi berita/NK/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.