Skip to main content

Dunia

Hospital Pakar Kuwait di Gaza gantung operasi akibat kekurangan bahan api

Hospital Pakar Kuwait di Khan Younis, selatan Carikan Gaza, pada Ahad (20 Sep) mengumumkan bahawa semua jabatan terpaksa menggantung operasi kecuali perkhidmatan kecemasan selepas bekalan bahan api terputus akibat sekatan Israel, lapor Anadolu Ajansi.

Anggaran Waktu Membaca:
Hospital Pakar Kuwait di Gaza gantung operasi akibat kekurangan bahan api

Hospital Pakar Kuwait di Gaza terpaksa menggantung operasi semua jabatan di hospital berkenaan kecuali perkhidmatan kecemasan pada 20 September 2026 akibat kekurangan bahan api. (Gambar: X/QudsNen)

Diterbitkan : 20 Sep 2026 08:07PM
  • Hospital Pakar Kuwait di Khan Younis menggantung semua jabatan kecuali kecemasan pada Ahad, 20 Sep, selepas bekalan bahan api terputus akibat sekatan Israel.
  • Hospital itu memberi amaran bahawa krisis berterusan boleh menyebabkan ribuan penduduk Gaza dinafikan rawatan perubatan setiap hari.
  • Perkembangan ini berlaku ketika perang Israel di Carikan Gaza disertai sekatan lebih ketat dan serangan terhadap prasarana serta sistem kesihatan.
  • Sejak Oktober 2023, serangan Israel dilaporkan membunuh lebih 73,000 orang, mencederakan lebih 174,000, dan memusnahkan kira-kira 90 peratus prasarana Gaza.
Dijana oleh AI
GAZA CITY/ISTANBUL: Hospital Pakar Kuwait di Khan Younis, selatan Carikan Gaza, pada Ahad (20 Sep) mengumumkan bahawa semua jabatan terpaksa menggantung operasi kecuali perkhidmatan kecemasan selepas bekalan bahan api terputus akibat sekatan Israel, lapor Anadolu Ajansi.

"Kami kesal untuk mengumumkan penggantungan operasi di jabatan-jabatan hospital, kecuali jabatan kecemasan, mulai hari ini, Ahad, berikutan terhentinya bekalan bahan api yang diperlukan untuk mengoperasikan kemudahan ini," menurut hospital tersebut dalam satu kenyataan.

Hospital Pakar Kuwait memberi amaran bahawa krisis yang berterusan akan menyebabkan "ribuan penduduk dinafikan rawatan perubatan setiap hari".

Perkembangan tersebut berlaku di tengah-tengah kesan perang Israel di Carikan Gaza, yang disertai sekatan yang diperketat serta serangan meluas terhadap prasarana dan sistem penjagaan kesihatan di wilayah berkenaan.

Sejak Oktober 2023, serangan Israel di Gaza sudah mengorbankan lebih 73,000 orang dan mencederakan lebih 174,000 yang lain, selain memusnahkan kira-kira 90 peratus prasarana di wilayah tersebut.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita