Skip to main content

Dunia

Hospital di Jakarta minta maaf kerana tanya pemohon kerja jika sanggup tanggal tudung

Anggaran Waktu Membaca:

JAKARTA: Sebuah hospital privet terkenal di Jakarta memohon maaf dan sudah mengambil langkah memperbaiki operasinya, selepas dituduh melakukan diskriminasi agama.

Kes yang menjadi tular ini menyebabkan ahli politik tempatan menggesa agar pihak berkuasa menyiasat isu tersebut.

Hospital Medistra di Kuningan, Jakarta Selatan, mencetuskan kekecohan selepas seorang doktor mengatakan bahawa pihak hospital bertanya kepada individu yang ditemu duga, sama mereka sanggup menanggalkan tudung mereka.

Surat oleh doktor di hospital itu kemudian disebar luas di media sosial.

Surat bertarikh 29 Ogos, yang ditulis seorang pakar bedah Dr Diani Kartini, ditujukan kepada pihak pengurusan Hospital Medistra. Ia mendakwa bahawa mereka yang ditemu duga perlu menanggalkan tudung sekiranya mereka diambil bekerja.

SURAT DITULAR OLEH KAKITANGAN

Dr Kartini mendedahkan bahawa pembantunya, serta anggota keluarganya yang memohon pekerjaan sebagai pengamal perubatan di hospital tersebut, ditujukan soalan berkaitan agama yang dianggap bersifat diskriminasi ketika ditemu duga. Ini termasuk soalan sama ada mereka sanggup menanggalkan tudung mereka.

Dr Kartini menyifatkan dasar Hotel Medistra sebagai berat sebelah, jika dibandingkan dengan hospital lain di Jakarta Selatan, dan mendakwa bahawa institusi perubatan lain membenarkan kakitangan perubatan memakai hijab.

Dr Kartini sudah meletak jawatan di Hospital Medistra.

TINDAKAN "KERAS" SUDAH DIAMBIL


Pengarah Hospital Medistra Dr Agung Budisatria, pada Isnin (2 Sep) meluahkan kekecewaannya dan menegaskan komitmen hospital tersebut untuk menawarkan peluang pekerjaan yang saksama.

"Pihak pengurusan sudah mengambil tindakan keras dengan memberi amaran, menyediakan latihan kepada kakitangan yang terlibat, dan menggugurkan mereka daripada pasukan temu duga bagi bakal kakitangan di Hospital Medistra," tulis Dr Agung dalam kenyataan rasmi di media sosial.

Encik Achmad Yani, pemangku Speaker Dewan Rakyat Wilayah Jakarta, menggesa jabatan kesihatan wilayah untuk melancarkan siasatan dengan segera.

Encik Yani, daripada Partai Keadilan Sejahtera (PKS), mengutuk sebarang dasar yang menghalang hak seseorang untuk mengamalkan agama mereka. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai melanggar hak asasi manusia.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita