Hospital di Gaza diserang, dunia tidak boleh berdiam diri, kata UNFPA, UNICEF, WHO
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Khader Al Zanoun)
KUALA LUMPUR: Pengarah-pengarah serantau Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru tindakan segera bagi menghentikan serangan berterusan ke atas hospital di Gaza.
Dunia tidak boleh berdiam diri apabila hospital yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan kini berubah menjadi medan kematian dan kebinasaan.
Mereka berkata tindakan antarabangsa yang benar-benar berkesan amat diperlukan saat ini untuk menjamin gencatan senjata serta mencegah lebih banyak kematian dan memelihara apa yang masih berbaki dalam sistem penjagaan kesihatan di Gaza.
"Kami amat terkejut dengan laporan terkini serangan ke atas dan di sekitar Hospital Al-Shifa, Hospital Pediatrik Al-Rantissi Naser, Hospital Al-Quds, dan lain-lain di bandar dan utara Gaza yang mengorbankan banyak nyawa termasuk kanak-kanak.
"Konflik di utara Gaza menghalang akses yang selamat bagi kakitangan kesihatan, mangsa yang cedera, dan pesakit," menurut kenyataan bersama UNFPA, UNICEF dan WHO.
Di Hospital Al-Shifa, bayi tidak cukup bulan dan baru lahir yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan dilaporkan mati akibat bekalan elektrik, oksigen dan air terputus dan andai keadaan itu berterusan yang lain juga berisiko mengalami nasib yang sama.
Kakitangan di beberapa hospital melaporkan kekurangan bahan api, air dan bekalan perubatan asas.
Sejak 36 hari lalu, menurut WHO sekurang-kurangnya 137 serangan ke atas perkhidmatan penjagaan kesihatan di Gaza, mengakibatkan 521 kematian dan 686 kecederaan, termasuk 16 kematian dan 38 kecederaan membabitkan petugas kesihatan.
Lebih separuh hospital di Carikan Gaza ditutup manakala hospital yang masih beroperasi menghadapi tekanan hebat dan hanya mampu menyediakan perkhidmatan kecemasan yang sangat terhad.
Kekurangan air, makanan dan bahan api juga mengancam kesejahteraan ribuan orang yang hilang tempat tinggal termasuk wanita dan kanak-kanak yang mencari perlindungan di hospital dan kawasan sekitarnya.
"Akses berterusan tanpa halangan dan selamat begitu diperlukan sekarang bagi membekalkan bahan api, perubatan dan air untuk kelangsungan perkhidmatan kesihatan. Keganasan harus dinoktahkan sekarang," menurut kenyataan itu.

Sumber : Bernama/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.