Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hormat keputusan mahkamah benar tulisan Jawi diajar di sekolah Cina, Tamil - Mujahid Yusof

Semua pihak perlu menghormati hak kerajaan untuk mengajar tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil selepas keputusan mahkamah yang membenarkan perkara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof.

Anggaran Waktu Membaca:
Hormat keputusan mahkamah benar tulisan Jawi diajar di sekolah Cina, Tamil - Mujahid Yusof

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 30 Nov 2019 04:38PM Dikemas Kini : 30 Nov 2019 04:42PM

KUALA LUMPUR: Semua pihak perlu menghormati hak kerajaan untuk mengajar tulisan Jawi di sekolah Cina dan Tamil selepas keputusan mahkamah yang membenarkan perkara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Mujahid Yusof.

Beliau mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada Khamis lalu yang menolak permohonan parti Gerakan supaya pengajaran tulisan Jawi tidak dibenarkan di sekolah Cina dan Tamil di seluruh negara.

“Apabila Gerakan membawa kes ini ke mahkamah dan sudah diputuskan bahawa kementerian dan kerajaan berhak untuk mengajar jawi di sekolah-sekolah cina (dan tamil), maka kita perlu menghormati keputusan mahkamah itu.

“Bukan ia apa-apa keputusan politik, tetapi ia keputusan mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Akademik Antarabangsa: Menerokai Masa Depan Pendidikan, “Konsep, Metodologi dan Pragmatik" di sini, hari ini.

Pada September lepas, Gerakan sudah memfailkan saman terhadap Kerajaan Pusat bagi mencabar keputusan kerajaan yang mahu melaksanakan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.

Gerakan yang memfailkan saman itu melalui Presidennya Dominic Lau Hoe Chai menamakan Menteri Pendidikan Maszlee Malik, Timbalannya Teo Nie Ching dan kerajaan Persekutuan sebagai responden.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan