Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hong Kong tahan 5 lelaki kerana menghasut sebelum ulang tahun pemerintahan China

Anggaran Waktu Membaca:
Hong Kong tahan 5 lelaki kerana menghasut sebelum ulang tahun pemerintahan China

Gambar Hiasan: Facebook/ Hong Kong Police

Diterbitkan : 24 Jun 2022 12:00PM Dikemas Kini : 24 Jun 2022 12:02PM
HONG KONG: Polis Hong Kong memberkas lima orang kerana menghasut ketika bandar itu bersiap sedia untuk menyambut ulang tahun ke 25 pemerintahan China dan kemungkinan lawatan pemimpin China, Xi Jinping.

Dua lelaki berusia 28 dan 30 tahun ditangkap pada Rabu (22 Jun) dan didakwa kerana "melakukan perbuatan atau perbuatan dengan niat menghasut" yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun.

Mereka disyaki memuat naik mesej di media sosial yang "menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kelas berbeza penduduk Hong Kong dan menghasut penggunaan keganasan," menurut polis dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa Hong Kong dalam keadaan berjaga-jaga ketika bandar itu bersiap sedia untuk tarikh penting 1 Julai apabila pemerintah baru akan mengangkat sumpah dan bekas negara jajahan itu menandakan 25 tahun penyerahannya.

Meskipun pemimpin China terdahulu cenderung untuk melawat Hong Kong pada ulang tahun penting itu, lawatan berpotensi oleh Encik Xi Jinping minggu depan menjadi rumit ekoran dasar toleransi sifar negara itu terhadap risiko jangkitan koronavirus.

Beijing melaksanakan undang-undang keselamatan negara ke atas Hong Kong pada 2020 susulan bantahan besar-besaran, yang digunakan oleh pegawai untuk membanteras perbezaan pendapat.

Sejak dua tahun lalu, tindakan hasutan digunakan terhadap wartawan, ahli kesatuan sekerja, aktivis, bekas bintang pop dan orang yang mengkritik tindak balas pemerintah terhadap pandemik COVID-19.

Lebih 190 orang di Hong Kong telah ditangkap kerana jenayah keselamatan negara, walaupun pihak berkuasa telah menolak kritikan mengenai mengecilkan kebebasan awam.

Polis pada Rabu lalu turut mengumumkan tiga tangkapan baru berhubung kes sebelum ini membabitkan seorang jurulatih seni mempertahankan diri yang didakwa menjalankan gerakan pemisah bersenjata.

Para pegawai menahan tiga lelaki berusia antara 39 dengan 50 tahun kerana menghasut dan merampas "sebilangan besar senjata serangan" termasuk parang, pisau dan pedang dari kediaman mereka.
Sumber : AFP/FA/fa

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa