Skip to main content

Dunia

Hong Kong singkir 4 pemimpin demokrasi

Pemerintah Hong Kong menyingkirkan secara serta merta empat pemimpin demokrasi daripada Majlis Perundangan wilayah pentadbiran khas China itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Hong Kong singkir 4 pemimpin demokrasi

Pemerintah Hong Kong singkir empat pemimpin demokrasi daripada Majlis Perundangan wilayah pentadbiran khas China. (Gambar: AP)

Diterbitkan : 11 Nov 2020 09:21PM Dikemas Kini : 11 Nov 2020 09:25PM

HONG KONG: Pemerintah Hong Kong menyingkirkan secara serta merta empat pemimpin demokrasi daripada Majlis Perundangan wilayah pentadbiran khas China itu.

Ini selepas badan perundangan China, meluluskan ketetapan, agar para pemimpin yang mengancam keselamatan negara, disingkirkan daripada jawatan mereka.

Menurut ketua pemerintah Hong Kong, Carrie Lam, para anggota perundangannya perlu setia dan mematuhi undang-undang asas Hong Kong.

Empat orang yang dibatalkan pelantikan mereka ialah Dennis Kwok, Kwok Ka-Ki, Kenneth Leung dan Alvin Yeung. Mereka diharamkan daripada bertanding dalam pilihan raya majlis perundangan Hong Kong pada September lalu, sebelum pengundian ditangguhkan.

Seramai 19 anggota majlis perundangan Hong Kong sudah meletak jawatan sebagai membantah langkah menyingkirkan empat rakan sejawatan mereka itu.

Sumber : AFP/AA/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita