Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hong Kong sasar sambung semula perjalanan rentas sempadan dengan China pada 8 Jan

Anggaran Waktu Membaca:
Hong Kong sasar sambung semula perjalanan rentas sempadan dengan China pada 8 Jan

(Gambar: South China Morning Post)

HONG KONG: Hong Kong menyasarkan untuk meyambung semula perjalanan tanpa tempoh kuarantin dengan China seawal 8 Januari.

Demikian diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Eric Chan Kwok-ki, dalam hantaran Facebooknya pada Ahad (1 Jan).

Encik Chan, pegawai kedua bandar itu berkata kuota akan ditetapkan pada peringkat pertama rancangan untuk mengehadkan bilangan orang yang boleh melakukan perjalanan antara bandar itu dan tanah besar China.

"Sempadan akan dibuka sepenuhnya tidak lama lagi berdasarkan operasi skim peringkat pertama. Skala
juga akan diperluaskan berdasarkan syarat," tulis beliau.

Kembalinya pelawat dari China akan memacu ekonomi Hong Kong.

China menutup sempadan negara itu selama tiga tahun dan Hong Kong turut mengekalkan beberapa sekatan paling ketat di dunia sehingga separuh kedua tahun lalu.

Kekerapan pengangkutan laut, darat dan udara akan ditingkatkan untuk memenuhi permintaan ulang-alik. Beberapa pusat pemeriksaan yang ditutup juga akan meyambung semula operasi, kata Encik Chan dalam hantaran tersebut.

Encik Chan menyarankan pelawat dari setiap pihak untuk mengambil ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) bagi memastikan mereka negatif COVID-19 sebelum melakukan perjalanan.

Demikian untuk menangani masalah penularan jangkitan.

Bagaimanapun masih tidak jelas sama ada ujian itu wajib.

Tarikh 8 Januari yang diumumkan oleh Encik Chan adalah tanda yang paling jelas bahawa pemerintah Hong Kong sedang menyasarkan untuk memulihkan perjalanan rentas sempadan tanpa kuarantin selepas ia dihentikan selama tiga tahun akibat pandemik.

Ketua Eksekutif, John Lee, mengumumkan sebelum ini bahawa sempadan dengan tanah besar China akan dibuka semula pada pertengahan Januari.

Dalam langkah besar ke arah membuka semula sempadan antarabangsanya, China akan memansuhkan perintah kuarantin wajib buat pelawat yang masuk ke negara itu mulai 8 Januari.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan