Hong Kong sahkan kes pertama virus Wuhan
Hong Kong mengesahkan kes pertama virus korona Wuhan hari ini (22 Jan) berikutan wabak yang melanda China itu, menurut penyiar tempatan RTHK, Cabel TV dan TVB, memetik sumber yang tidak dinamakan.
(Gambar: AFP/Anthony Wallace)
HONG KONG: Hong Kong mengesahkan kes pertama virus korona Wuhan hari ini (22 Jan) berikutan wabak yang melanda China itu, menurut penyiar tempatan RTHK, Cabel TV dan TVB, memetik sumber yang tidak dinamakan.
Wabak yang bermula di Wuhan, sudah merebak ke lebih banyak bandar raya China termasuk ibu kota Beijing, Shanghai dan Macau dan kes virus tersebut juga dilaporkan sudah menular ke luar sempadan negara, di Korea Selatan, Thailand dan Jepun.
Pesakit tersebut tiba di Hong Kong melalui kereta api laju dari tanah besar, dan sudah dikuarantin di hospital Queen Elizabeth, menurut laporan itu.
Pihak Berkuasa Hospital pada Selasa (21 Jan) meningkatkan pemantauan makmal untuk kes radang paru-paru, termasuk pesakit dengan sejarah perjalanan ke semua Tanah Besar China, bukan hanya Wuhan.
Hong Kong sudah menggunakan peralatan pemeriksaan suhu badan di lapangan terbang dan stesen kereta api berkelajuan tinggi.
Para penumpang pesawat pula perlu mengisi borang pengisytiharan kesihatan. Terdapat sekitar 500 bilik kuarantin di hospital awam dan lebih banyak bilik biasa akan ditukar menjadi bilik kuarantin sekiranya perlu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.