Skip to main content

Dunia

Hong Kong rancang beli unit kediaman terjejas dalam kebakaran maut Wang Fuk Court

Hong Kong mencadangkan untuk membelanjakan sekitar HK$4 bilion (S$648.19 juta) bagi membeli hak para pemilik rumah di sebuah kompleks perumahan bertingkat tinggi yang musnah akibat kebakaran besar yang meragut lebih 160 nyawa pada November lalu, menurut pihak berkuasa pada Sabtu (21 Feb).
Anggaran Waktu Membaca:
Hong Kong rancang beli unit kediaman terjejas dalam kebakaran maut Wang Fuk Court
Sekumpulan burung terbang berhampiran bangunan yang terbakar di kompleks perumahan Wang Fuk Court selepas kebakaran maut di Tai Po, Hong Kong, pada 30 November 2025. (Gambar: REUTERS/Maxim Shemetov)
HONG KONG: Hong Kong mencadangkan untuk membelanjakan sekitar HK$4 bilion (S$648.19 juta) bagi membeli hak para pemilik rumah di sebuah kompleks perumahan bertingkat tinggi yang musnah akibat kebakaran besar yang meragut lebih 160 nyawa pada November lalu, menurut pihak berkuasa pada Sabtu (21 Feb).

Harga yang ditawarkan ialah sebanyak HK$8,000 (S$1,297.64) setiap kaki persegi tanpa bayaran premium tanah, dan HK$10,500 (S$1,703.15) setiap kaki persegi bagi mereka yang menerima bayaran sedemikian, kata para pegawai di hab kewangan Asia itu dalam satu satu taklimat media.

“Kami percaya harga yang dicadangkan mencukupi bagi para penduduk yang terjejas untuk berpindah dan mendapatkan perumahan jangka panjang,” kata Timbalan Setiausaha Kewangan Hong Kong Wong Wai-lun.

Pemerintah juga menawarkan program pertukaran apartmen kepada 4,600 penyewa yang terjejas, yang menetap di hampir 2,000 unit perumahan di kompleks Wang Fuk Court.

Jumlah keseluruhan perbelanjaan, dianggarkan sebanyak HK$6.8 bilion (S$1.1 bilion), akan berkurangan sebanyak HK$2.8 bilion (S$450 juta) hasil sumbangan dana bantuan. Perbelanjaan tersebut mungkin turun lagi selepas pampasan insurans diambil kira, menurut para pegawai.
Sumber : Reuters/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita