Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Hong Kong pendekkan tempoh kuarantin COVID-19 kepada 14 hari mulai 5 Feb

Anggaran Waktu Membaca:

HONGKONG: Hong Kong akan mengurangkan tempoh kuarantin bagi pelawat yang tiba di wilayah itu kepada 14 hari berbanding 21 hari sekarang ini bermula 5 Februari, kata pemimpin Carrie Lam pada Khamis (27 Jan). Keputusan itu dibuat selepas pihaknya menerima tekanan daripada eksekutif kewangan dan diplomat asing, yang berkata sekatan sedemikian menjejaskan daya saing.

Peraturan COVID-19 yang ketat di Hong Kong menjadikannya antara bandar paling terpencil di dunia dengan penerbangan merosot sebanyak 90 peratus.

Penduduk yang pulang dari 160 negara lain dikehendaki menjalani perintah berkurung selama 21 hari di hotel yang ditetapkan dengan kosnya ditanggung sendiri.

Cik Lam berkata mereka harus menjalani kuarantin 14 hari di hotel, diikuti dengan tujuh hari pemantauan kendiri. Perincian lanjut akan diumumkan. Beliau tidak mengumumkan negara di bawah peraturan baru itu.

Pada Rabu, Dewan Perniagaan Eropah wilayah itu mengumumkan dalam satu laporan dalaman bahawa tempoh berkurung berminggu-minggu lamanya menjejaskan daya tarikan hab kewangan itu dan meningkatkan risiko penghijrahan keluar syarikat dan kakitangan mereka ke Singapura dan ibu kota Korea Selatan, Seoul.

BACA:Hong Kong berdepan risiko penghijrahan keluar firma dan pekerja asing susulan sekatan COVID-19

Pelonggaran sekatan itu diumumkan ketika pemerintah mengetatkan peraturan bagi membendung penularan varian Omicron yang mudah berjangkit.

Hong Kong pada Khamis mencatatkan 164 kes baru COVID-19, satu rekod jangkitan sejak pandemik bermula pada 2020.

Ini merupakan hari kelima berturut-turut wilayah itu mencatat jumlah jangkitan tiga angka selepas penularan dikaitkan dengan taman perumahan Kwai Chung.

Cik Lam berkata bandar itu harus meningkatkan kadar vaksinasi kepada sekitar 90 peratus daripada 70 peratus sekarang sebelum pemerintah boleh melaksanakan dasar baru tersebut.

"Saya tidak sanggup melihat ramai orang mati di hospital saya. Jadi, kita harus cuba sedaya upaya untuk meningkatkan kadar vaksinasi."

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan